PBT

MPSJ siasat isu video tular libat anggota penguat kuasa

14 Feb 2020, 2:30 PM
MPSJ siasat isu video tular libat anggota penguat kuasa

SHAH ALAM, 14 FEB: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menjalankan siasatan dalaman yang adil dan terperinci mengenai insiden anggota penguat kuasanya bersama seorang warga emas yang tular di media sosial, kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan tindakan awal diambil adalah tidak membenarkan anggota terbabit dari melaksanakan tugasan di luar.

"Sekiranya orang awam tidak berpuas hati atas sebarang tindakan penguatkuasaan dikenakan, mereka boleh mengemukakan aduan secara rasmi kepada MPSJ atau Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Semalam, satu rakanan video tular di media sosial kejadian seorang warga emas tidak berpuas hati kerana kenderaannya ditunda dan beliau dipercayai cuba melepaskannya daripada alat tunda serta memarahi juga memukul petugas MPSJ dengan payung menyebabkan tindakannya dibalas.

Noraini berkata bagaimanapun kesalahan trafik dan memukul pegawai bertugas adalah jelas dan kejadian ketika anggota penguat kuasa sedang menunda kenderaan yang menghalang lalu lintas di kawasan komersial USJ 9, Subang Jaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619