AGENSI

Laksana transformasi, Selangor kekal perintis penjawat awam

13 Jan 2020, 6:16 AM
Laksana transformasi, Selangor kekal perintis penjawat awam

SHAH ALAM, 13 JAN: Penjawat awam perlu melaksanakan transformasi bagi memastikan Selangor kekal sebagai perintis dalam perkhidmatan awam seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), kata setiausaha kerajaan negeri.

Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, dimensi baharu ini menyaksikan semua pihak terutama ketua jabatan harus lebih berani dan terbuka menerima gelombang pembaharuan akan datang.

"Saya melihat kita perlu melaksanakan transformasi perkhidmatan awam seiring IR 4.0 dengan Selangor sebagai perintisnya. Seharusnya penggunaan teknologi maklumat yang menyeluruh perlu kita laksanakan.

"Saya percaya Selangor mampu menjadi 'The Brain Of Malaysia' sekiranya kita mampu menterjemah hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikannya sebagai sebuah kerajaan digital menjelang 2025 nanti," katanya.

Mohd Amin berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Katanya, sudah tiba masanya budaya kiasu dalam kalangan jabatan diketepikan supaya semua pihak berganding bahu menyelesaikan masalah membelenggu rakyat.

Malah, penjawat awam juga perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di samping mengekalkan nilai integriti supaya menjadi warga kerja serba boleh dalam melaksanakan tugas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619