PBT

Mohon permit bazar Ramadan dalam talian mulai esok

31 Dis 2019, 3:38 AM
Mohon permit bazar Ramadan dalam talian mulai esok

SHAH ALAM, 31 DIS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan membuka permohonan permit Bazar Ramadan 2020 secara dalam talian mulai esok hingga 31 Januari depan.

Pengarah Pelesenannya, Muhammad Azli Miswan berkata permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mpsj.gov.my.

"Pemohon diingat untuk membuat permohonan lebih awal sebelum tarikh tutup bagi mengelak kesulitan," katanya dalam kenyataan.

Katanya sebanyak 1,255 petak niaga Bazar Ramadan disediakan kepada peniaga membabitkan 15 lokasi di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

"Ia merangkumi zon Subang Jaya (310 petak), Puchong (325 petak), Kinrara (180 petak) dan Serdang atau Seri Kembangan (440 petak)," katanya.

Beliau berkata tindakan undang-undang termasuk penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menganjurkan aktiviti perniagaan Bazar Ramadan tanpa kelulusan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619