BERITA UTAMA

MPSJ peruntuk RM1.2 juta naik taraf laluan pejalan kaki OKU, warga emas

24 Sep 2020, 7:51 AM
MPSJ peruntuk RM1.2 juta naik taraf laluan pejalan kaki OKU, warga emas

SUBANG JAYA, 24 SEPT: Sebanyak RM1.2 juta diperuntuk Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi menaik taraf laluan pejalan kaki khusus untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kerja naik taraf di bawah Program Bandar Bebas Halangan melibatkan kawasan USJ10, SS15, SS16 dan Puchong Prima.

"Projek ini juga dibangunkan hasil dari maklum balas dan sesi pendengaran bersama komuniti supaya laluan bebas halangan memenuhi teras dalam kriteria Bandar Selamat di bawah Pelan Tindakan Khas MPSJ.

"Untuk itu, pusat perniagaan USJ10 dipilih sebagai projek perintis kerana mempunyai kepadatan tinggi selain akses pengangkutan awam yang sistematik serta menjadi tumpuan komuniti setempat," katanya pada sidang media, hari ini.

Noraini menambah bagi memastikan projek dilaksanakan lebih baik, seramai 30 juruaudit dalam kalangan pegawai MPSJ dilantik.

"Kita mahu Program Bandar Bebas Halangan ini memenuhi spesifikasi ditetapkan berpandukan Malaysia Standart MS 1184: 2014," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619