AGENDA

Pencemaran air: SPAN buat laporan polis, syak unsur sabotaj

23 Dis 2019, 3:05 PM
Pencemaran air: SPAN buat laporan polis, syak unsur sabotaj

PUTRAJAYA, 23 DIS: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah membuat laporan polis berhubung insiden pencemaran bau yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa ditutup, kata Pengerusinya Charles Santiago.

Beliau berkata laporan polis itu dibuat semalam kerana disyaki ada unsur sabotaj kerana insiden itu telah berlaku tiga kali di Selangor, dengan dua kali melibatkan di lokasi sama.

"Kami serahkan kepada pihak polis untuk siasat sama ada insiden ini ada unsur sabotaj atau berkait dengan pembuangan sisa secara haram,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Penutupan LRA itu sejak Sabtu lepas telah menyebabkan gangguan bekalan air dan menjejaskan 1.5 juta penduduk di Selangor.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619