AGENDA

Polis siasat perhimpunan bekas ahli PKM di Kajang

2 Dis 2019, 12:00 AM
Polis siasat perhimpunan bekas ahli PKM di Kajang

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Polis masih menyiasat dakwaan terdapat satu perjumpaan dan perhimpunan dipercayai membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang diadakan di Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata tiada sebarang laporan dibuat mana-mana pihak, namun beliau mengambil maklum perkara berkenaan.

"Maklumat berhubung penganjuran perhimpunan itu berjaya diperolehi. Ia dilaporkan berlangsung secara tertutup dan polis masih dalam tindakan menyiasat segala aspek berkenaan penganjuran itu," katanya ketika dihubungi.

Sebuah portal berita melaporkan, kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai membabitkan bekas ahli PKM itu di Kajang, pagi semalam.

Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619