AGENDA

Kes bendera: Presiden MABA ambil cuti

28 Nov 2019, 12:47 PM
Kes bendera: Presiden MABA ambil cuti

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Atas dasar tanggungjawab terhadap organisasi, Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Lua Choon Hann secara sukarela mengambil cuti dengan segera bagi memberi ruang kepada proses siasatan pihak berkuasa yang masih berjalan.

Keputusan itu dibuat ekoran insiden paparan imej Jalur Gemilang dengan bintang pecah lima semasa majlis perasmian Kejohanan Kebangsaan Piala Lum Mun Chak bawah 15 tahun pada 25 November lalu.

"MABA akan terus bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkaitan penyiasatan ini. MABA tekad dengan pendirian bahawa insiden ini tidak disengajakan oleh pihak kami dan adalah disebabkan kecuaian.

"Pihak MABA akan mengambil langkah sepatutnya untuk memperbaiki prosedur persatuan dan meningkatkan kemahiran kakitangan kami demi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini pada masa hadapan," kata MABA dalam satu kenyataan.

MABA juga turut menamatkan kontrak syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan 'penstriman langsung' ketika perasmian kejohanan itu.

Insiden yang berlaku ekoran syarikat terbabit menghasilkan serta memaparkan paparan Jalur Gemilang yang salah pada skrin diod pancaran cahaya (LED) semasa lagu kebangsaan dimainkan.

"MABA menamatkan kontrak mereka pada hari kejadian. Pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya berdasarkan keputusan siasatan yang sedang dijalankan,” kata kenyataan itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619