AGENDA

NUJ tidak tahu Utusan Malaysia bakal kembali pada 2020

10 Nov 2019, 9:04 AM
NUJ tidak tahu Utusan Malaysia bakal kembali pada 2020

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan Utusan Melayu (M) Bhd tidak tahu menahu mengenai laporan bahawa akhbar Utusan Malaysia akan membuat kemunculan semula tahun depan.

Pengerusinya Mohd Taufek Razak berkata berdasarkan maklumat terkini yang diperolehinya, pihak pengurusan sedang berusaha untuk mencairkan aset milik syarikat itu, dan bekas para pekerjanya masih menunggu wang pampasan seperti yang dijanjikan.

"Tidak terima langsung maklumat mengenai Utusan akan kembali pada tahun depan. Kami masih menanti dalam kesamaran," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beberapa media tempatan hari ini melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof memaklumkan, akhbar Utusan Malaysia akan membuat kemunculan semula tahun depan.

Menurut laporan itu Redzuan memberitahu perkara berkenaan di sebuah program di Tenggayun, Johor semalam semasa berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai.

Akhbar bahasa Melayu tertua negara itu dan satu lagi akhbar terbitan syarikat berkenaan iaitu Kosmo! menghentikan operasinya sejak 9 Oktober lalu, berikutan masalah kewangan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619