AGENDA

Ringgit dibuka rendah

16 Okt 2019, 2:33 AM
Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Ringgit rendah berbanding dolar US semasa urus niaga dibuka hari ini berikutan kurang permintaan terhadap mata wang tempatan dalam sentimen pasaran berhati-hati, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1920/1950 berbanding dolar US daripada 4.1890/1920 semasa ditutup pada Selasa.

Peniaga itu berkata, berita terkini mengenai Brexit telah meningkatkan minat terhadap dolar berikutan keyakinan semakin pudar terhadap perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang telah mendorong pelabur untuk membeli dolar US.

"Kami menjangkakan permintaan pelabur terhadap dolar US akan meningkat berikutan keputusan Presiden AS Donald Trump untuk menangguhkan kenaikan harga tarif akan datang terhadap import dari China, dengan itu akan menyebabkan ringgit lebih rendah dalam jangka pendek," katanya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0547/0589 daripada 3.0559/0585 dan naik berbanding yen kepada 3.8568/8607 daripada 3.8680/8714.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3427/3474 daripada 5.2962/2020 dan turun berbanding euro kepada 4.6229/6271 daripada 4.6129/6175.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619