AGENDA

MFL tarik balik saman terhadap TM

14 Okt 2019, 4:49 AM
MFL tarik balik saman terhadap TM

SHAH ALAM, 14 OKT: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menarik balik tuntutan saman terhadap Telekom Malaysia (TM) berhubung isu pembayaran hak penyiaran Liga Malaysia.

Perkara itu disahkan Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin, yang menyatakan tindakan menarik balik saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 21 Mac lalu dibuat melalui persetujuan bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat, baru-baru ini.

“TM bukan satu entiti yang asing dalam dunia bola sepak tempatan. Mereka bersama MFL pada 2015 ketika itu dikenali sebagai Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan menjadi penaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak 2000.

“Bukan itu sahaja, kita juga mengakui sumbangan TM yang turut aktif dalam menggerakkan pelbagai program pembangunan bola sepak tanah air.

“Justeru, tindakan MFL menarik balik saman terhadap TM berkaitan isu pembayaran hak penyiaran Liga Malaysia musim 2019 membuktikan semangat kesukanan di antara MFL dan TM dan saya percaya kita boleh mencari titik persamaan demi kebaikan bersama," katanya dalam kenyataan.

Hamidin turut optimis langkah itu akan menjadikan hubungan MFL dan TM terjalin lebih utuh, sekali gus memberikan mesej bahawa syarikat korporat perlu bergerak seiring dalam memajukan bola sepak negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619