AGENSI

Jabatan Mufti dedah asas ilmu takwim, cerap kepada awam

9 Okt 2019, 3:24 AM
Jabatan Mufti dedah asas ilmu takwim, cerap kepada awam

SHAH ALAM, 9 OKT: Sejumlah 26 peserta terdiri daripada kakitangan awam dan juga pelajar mengikuti Kursus Falak Takwim dan Cerapan anjuran Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor, baru-baru ini.

Pejabat Mufti Selangor melalui kenyataan berkata, kursus di Institut Latihan Dakwah Selangor itu turut mendedahkan peserta dengan amali cerapan untuk memberi pengalaman yang lebih praktikal.

"Di antara modul yang disampaikan melalui kursus ini adalah Asas Teori Teknik Pengimejan Hilal, Kaedah Penentuan Awal Bulan Islam dan pengenalan takwim," kata kenyataan itu.

Sementara itu, majlis penyampaian sijil disampaikan oleh Penolong Mufti Kanan Bahagian Falak, Hardi Mohamad Sadali dan Pegawai Sains Balai Cerap Selangor, Norameen Burhanuddin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619