AGENDA

Bapa mengaku bersalah lakukan sumbang mahram terhadap anak

7 Okt 2019, 12:00 AM
Bapa mengaku bersalah lakukan sumbang mahram terhadap anak

KUALA TERENGGANU, 7 OKT: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan sumbang mahram, seks luar tabii dan merakam video pornografi anak sulungnya yang berusia 11 tahun, bulan lalu.

Tertuduh berusia 41 tahun, bapa kepada dua anak itu mengaku bersalah menghasilkan video pornografi menggunakan telefon bimbit terhadap kanak-kanak itu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Semua kesalahan tu didakwa dilakukan di sebuah rumah sekitar Marang, kira-kira 11 pagi dan 5 pagi, antara 20 dan 21 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan bagi kesalahan persetubuhan yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang, yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Bagi kesalahan perbuatan di luar tabii pula dia didakwa mengikut Seksyen 377B kanun yang sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan merakam video pornografi, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Hakim menetapkan Selasa ini untuk menjatuhkan hukuman iaitu selepas mendapat laporan forensik.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619