AGENDA

Polis terima laporan hina Agong, Permaisuri di Twitter

12 Sep 2019, 11:15 PM
Polis terima laporan hina Agong, Permaisuri di Twitter

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial Twitter, semalam.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.

"Susulan itu, PDRM telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948, oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman,"katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan ekoran kejadian itu Tunku Azizah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda, sehingga ia menjadi tular di media sosial.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619