AGENDA

Kadar jangka pendek diramal kekal stabil minggu depan

7 Sep 2019, 2:28 AM
Kadar jangka pendek diramal kekal stabil minggu depan

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Kadar-kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam pasaran.

Bagi minggu yang baru berakhir, kadar rujukan semalaman Islam mencatatkan 2.95 peratus, manakala kadar-kadar seminggu, dua dan tiga minggu masing-masing kekal pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

Pada minggu ini, BNM terlibat secara harian bagi menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender Qard dan repo berbalik selain Bil Antarabank Bank Negara.

Jumlah lebihan tunai dalam sistem konvensional bagi minggu tersebut susut kepada RM23.6 bilion daripada RM25.4 bilion pada minggu sebelum ini.

Dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM12.20 bilion daripada RM15.9 bilion.

Pasaran ditutup pada 9 September sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619