BERITA UTAMA

MB: Dekati, dengar suara anak muda jamin masa depan negara

31 Ogos 2019, 12:04 AM
MB: Dekati, dengar suara anak muda jamin masa depan negara
MB: Dekati, dengar suara anak muda jamin masa depan negara

SHAH ALAM, 31 OGOS: Anak muda pasca kemerdekaan seharusnya didampingi secara lebih dekat bagi mengetahui denyut nadi dan kemahuan mereka, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, keluh kesah anak muda juga perlu didengari memandangkan masa depan Selangor khasnya dan Malaysia amnya terletak di tangan golongan berkenaan.

“Perumahan untuk semua, gaji yang berkadaran, waktu kerja anjal dan kualiti hidup lebih baik antara perkara yang berlegar-legar dalam kotak fikiran anak muda saat ini.

“Selagi kita tidak berjaya menyediakan solusi untuk permasalahan mereka, kita akan dilihat gagal dalam mencermati masa hadapan Malaysia seluruhnya,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 Peringkat Negeri Selangor 2019 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, malam tadi.

Turut hadir, isterinya, Masdiana Mohamad, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor termasuk pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor.

[caption id="attachment_348934" align="aligncenter" width="500"] Pelancong Korea tidak melepaskan peluang menyaksikan perbarisan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, lebih 10,000 warga Lembah Klang membanjiri Dataran Kemerdekaan bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan, pada tahun ini.

Sambutan bermula sekitar jam 9.30 malam diraikan dengan suasana kemeriahan oleh masyarakat berbilang kaum dan agama.

Pengunjung yang hadir seawal jam 8 malam disajikan dengan persembahan dua selebriti terkenal tanah air, Syamel AF dan Ara Johari.

Kemuncak sambutan adalah laungan merdeka sebanyak tujuh kali oleh Amirudin diikuti orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama melaungkan ungkapan azimat itu.

Ratusan das tembakan bunga api pelbagai warna turut dilepaskan di langit dataran selama hampir 10 minit, diiringi lagu Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619