AGENDA

Peniaga dilarang jual belon helium di Putrajaya

28 Ogos 2019, 8:19 AM
Peniaga dilarang jual belon helium di Putrajaya

SHAH ALAM, 28 OGOS: Perbadanan Putrajaya mengingatkan peniaga supaya tidak menjual belon helium di Dataran Putrajaya, Presint 3 yang bakal menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2019, pada 31 Ogos ini.

Unit Pengurusan Acara Bahagian Komunikasi Korporatnya dalam kenyataan memaklumkan, atas faktor keselamatan, orang ramai juga tidak dibenarkan membawa belon udara berkenaan.

Katanya, larangan itu termasuk semasa hari raptai penuh, pada 29 Ogos ini (esok).

"Larangan ini bagi memastikan kelancaran acara dan keselamatan ruang udara di Putrajaya yang akan digunakan pesawat udara, pada hari terbabit.

"Kerjasama semua amat diharapkan bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2019 dilaksanakan dengan jayanya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619