AGENDA

Op Tapis: Polis tahan pengedar dadah Filipina

27 Ogos 2019, 12:53 AM
Op Tapis: Polis tahan pengedar dadah Filipina

LAHAD DATU, 27 OGOS: Polis menahan seorang lelaki Filipina dipercayai pengedar dadah dalam serbuan Op Tapis di Kampung PPRT, Jalan Tengah Nipah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, lelaki berumur 40-an itu ditahan pada 4.30 petang ketika sedang menunggang motosikal di kawasan berkenaan.

"Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) melihat suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum memperkenalkan diri kepada suspek dan menunjukkan kad kuasa polis.

"Secara tiba-tiba suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata, pemeriksaan awal menemukan satu sampul surat terletak di dalam poket seluar jean dipakai suspek.

"Di dalam sampul itu terdapat dua peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu dianggarkan seberat 52.70 gram bernilai RM7,905," katanya.

Dalam pada itu, katanya suspek dan rampasan dadah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Menurut Nasri, ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis Methenamine.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619