AGENDA

Sasar 4 juta pelancong Indonesia sempena TMM2020

27 Jul 2019, 8:13 AM
Sasar 4 juta pelancong Indonesia sempena TMM2020

JAKARTA, 27 JUL: Tourism Malaysia di Indonesia menyasarkan 4 juta pelancong dari negara itu berkunjung ke Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia, Roslan Othman berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan ejen pelancongan di Indonesia, bagi mencapai sasaran itu.

"Indonesia adalah pasaran utama yang boleh menjadi penyumbang kepada kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 30 juta. Kami menyasarkan 4 juta pelancong Indonesia," katanya pada majlis memperkenalkan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 kepada lebih 50 ejen pelancongan di Indonesia, di sini.

Beliau berkata, Tourism Malaysia di Indonesia juga akan mengadakan promosi Tahun Melawat Malaysia di kota lain di Indonesia.

"Bagi 2019, kami menyasarkan 3.4 juta pelancong Indonesia. Sehingga Mei 2019, lebih 1.5 juta pelancong Indonesia melawat Malaysia," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619