AGENDA

PM Thailand umum dasar kerajaan

26 Jul 2019, 7:14 AM
PM Thailand umum dasar kerajaan

BANGKOK, 26 JUL : Parlimen Thailand memulakan sidang dua harinya bermula Khamis, menyaksikan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha mengumumkan mengenai dasar kerajaan baharu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Ahli Parlimen pembangkang mahu dasar itu dibacakan dengan jelas satu persatu dan bukan disampaikan dengan kaedah perbahasan.

Menurut media tempatan, Prayut berkata kerajaan akan memastikan pendapatan petani serta mengambil langkah sesuai untuk menstabilkan harga produk hasil pertanian.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengekalkan disiplin kewangan yang kuat, selain menggalakkan pembaharuan cukai untuk memperluaskan dasar pengiraan cukai di samping meningkatkan kecekapan sistem kutipan.

Dalam perbahasan berikutnya, parlimen pembangkang mengkritik dasar kerajaan itu dengan mengatakan kerajaan pimpinan Prayut hanya menjelaskan secara ringkas tanpa memberikan perincian.

Maklumat disiarkan media tempatan sebelum mesyuarat itu berkata, dasar Prayut bertujuan menjadikan Thailand sebuah negara maju melalui 12 dasar jangka pendek dan jangka panjang, yang memberi tumpuan kepada projek Koridor Ekonomi Timur (EEC).

Beliau turut berikrar membangunkan Thailand selain membawa negara itu keluar daripada perangkap berpendapatan sederhana.

Pada 16 Julai, barisan kabinet baharu Thailand yang terdiri 36 ahli mengangkat sumpah jawatan.

Di bawah Perlembagaan Thailand, dalam tempoh 15 hari berkhidmat, kerajaan perlu mengemukakan dasarnya kepada Parlimen, dengan mengutamakan pembangunan negara dalam empat tahun akan datang. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619