PBT

Tiada lagi straw plastik di kantin MPSJ

24 Jul 2019, 7:56 AM
Tiada lagi straw plastik di kantin MPSJ

SUBANG JAYA, 24 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kini tidak lagi menyediakan penyedut minuman plastik di kantin premis milik mereka.

Timbalan Yang Dipertuanya, Mohammad Zulkurnain Che Ali berkata, langkah itu selaras kempen mengurangkan penggunaan straw oleh Kerajaan Selangor menjelang 2025.

"Pada masa sama, MPSJ juga mengingatkan kesemua pemilik premis makanan supaya tidak menggunakan straw plastik memandangkan Kerajaan Negeri sudah memberi ingatan sebelum ini.

"Untuk makluman, lesen yang dikeluarkan MPSJ juga menasihatkan pemilik premis makanan supaya tidak menggunakan plastik serta mengurangkan penggunaan straw.

"Bagi tujuan itu, kami turut mengedarkan surat rasmi kepada semua pemilik premis supaya tidak lagi menggunakan penyedut minuman berkenaan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Penuh MPSJ, di sini hari ini.

Turut sama, Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan.

Berkuat kuasa 1 Julai lalu, semua premis makanan di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, pemilik premis juga dilarang menyediakan straw plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan.

Katanya, dasar itu juga selaras Kempen Bebas Plastik yang sedang dijalankan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastics) seperti beg plastik, polistirena, penutup/pelapis makanan plastik dan bahan plastik pakai-buang.

Ia bertujuan mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk berhubung kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya straw plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619