SELANGOR

Jelajah Smart Selangor dedah permainan e-sukan

1 Jul 2019, 12:13 AM
Jelajah Smart Selangor dedah permainan e-sukan
Jelajah Smart Selangor dedah permainan e-sukan
Jelajah Smart Selangor dedah permainan e-sukan

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

KAJANG, 1 JUL: Jelajah 360 Smart Selangor bawakan pengunjung mendekati sukan elektronik (e-sukan) yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat khuasusnya belia pada masa kini.

Pengurus Pemasaran Acara Orange E-Sports, Rayson Wong berkata, pihaknya mahu dedahkan e-sukan kepada masyarakat supaya mereka mengetahui ia juga adalah perlawanan kompetatif seperti sukan lain.

"Kita menyediakan tiga elemen permainan iaitu console iaitu PlayStation 4, permainan realiti maya, zon 'mobile' dan komputer.

"Kita ada lima permainan video yang kita sediakan contohnya Defend Of The Ancient 2 (DoTA2) , Counter Srtike: Global Offensive (CS:GO), Player Unknown Battle Ground (PUBG), FIFA19, Tekken 7, Perlumbaan simulator dan Beat Dance.

"Banyak hadiah menarik yang diberi kepada pemenang seperti tetikus berjenama Logitech, alas tetikus pasukan kita dan baju pasukan kita yang dituliskan nama pemenang," katanya ketika ditemui Media Selangor.

Terdahulu, Jelajah 360 Smart Selangor yang diadakan selama tiga hari sejak Jumaat lalu bertujuan menghubungkan rakyat secara terus kepada pentadbiran negeri, sekali gus meningkatkan ‘service delivery’ Kerajaan Negeri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619