SELANGOR

Bangun e-Sports lahir pemain profesional

27 Nov 2018, 3:04 AM
Bangun e-Sports lahir pemain profesional
Bangun e-Sports lahir pemain profesional

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri komited dalam merangka pelan jangka panjang bagi membangunkan sukan e-Sports yang semakin mendapat perhatian, ketika ini.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri yakin dalam tempoh beberapa tahun akan datang pemain profesional dalam bidang itu dapat dilahirkan.

"Ketika ini, banyak pemain amatur yang menyertai pertandingan yang dianjurkan, namun mereka mampu menjana pendapatan lumayan.

"Oleh itu, kita percaya menerusi pelan jangka panjang nanti, maka kita dapat melahirkan pemain profesional.

"Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan aktiviti sukan gem-s kerana mempunyai potensi luas," katanya bagi menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menganjurkan Selangor Cyber Games (SCG) dengan menawarkan hadiah lumayan sehingga RM250,000.

Tahun ini, SCG memasuki edisi ke lima dan kian popular dalam kalangan pemain e-Sports dan kualiti penganjuran terus dipertingkatkan saban tahun dengan pelbagai pembaharuan termasuk jumlah hadiah ditawarkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619