NASIONAL

Bapa maut, anak cedera pemampat hawa dingin meletup

29 Mei 2019, 6:37 AM
Bapa maut, anak cedera pemampat hawa dingin meletup

SEREMBAN, 29 MEI: Seorang bapa maut manakala anaknya cedera selepas pemampat penghawa dingin di sebuah kedai ais krim meletup dalam kejadian di pekan Kuala Pilah, pagi tadi.

Ketua Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun jatuh dari tingkat satu akibat letupan itu dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.13 pagi dan sebuah jentera bersama enam pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian, katanya.

“Siasatan awal mendapati letupan berlaku ketika mangsa sedang membaiki salah satu pemampat penghawa dingin yang berada di tingkat satu bahagian belakang premis berkenaan, mangsa kemudiannya telah memanjat tangga dan dibantu anaknya yang berusia 22 tahun.

“Bagaimanapun letupan berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mangsa terpelanting dan jatuh dari tangga sementara anaknya mengalami cedera ringan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Eva Saifun berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan dan kes akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Kuala Pilah," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619