AGENDA

Hujan lebat: 18 kenderaan dihempap pokok, tiada kemalangan jiwa

19 Mei 2023, 3:29 PM
Hujan lebat: 18 kenderaan dihempap pokok, tiada kemalangan jiwa

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Hujan lebat dan ribut di sekitar ibu kota malam ini menyebabkan 18 kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan malam ini memaklumkan telah menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 dan talian terus ke balai berkaitan kes pokok tumbang dan telah menghantar jentera ke lokasi kejadian.

“Lokasi yang terjejas antaranya di Jalan Kampung Attap, Jalan Sultan Ismail, Taman Bukit Angkasa, Pejabat Kesihatan Kepong, Jalan Ayer Jernih dan Flat Wangsa Maju.

"Selain itu (turut terjejas) di Bayu Mont Kiara, Bukit Kiara, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, Jalan Ampang berhampiran Muzium Istana, Jalan Istana dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul,” menurut kenyataan itu.

PGO turut memaklumkan kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. - BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619