NASIONAL

Mustapa: PH perlu kerja kuat tunai janji

3 Mei 2019, 8:36 AM
Mustapa: PH perlu kerja kuat tunai janji

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 MEI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja kuat untuk menunaikan janji dalam manifesto walaupun berdepan desakan rakyat yang mahu melihat ia dilaksanakan secapat mungkin.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun tempoh setahun tidak cukup untuk menyelesaikan semua masalah, namun pandangan rakyat perlu didengar dan diterima sebaiknya.

"Ada janji PH yang sudah ditunaikan walaupun tidak sepenuhnya tetapi ada lagi yang belum ditunaikan.

"Maka, pada pandangan saya kita harus mendengar pandangan rakyat dan rakyat juga harus bertimbang rasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas prestasi pimpinan PH menjelang setahun selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei 2018.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, kerajaan perlu menjaga hubungan dengan rakyat walaupun terus diasak dengan tuntutan menunaikan janji sehingga hari ini.

"Kita harus akui, setahun tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua masalah. Pada masa sama, kita harus mengakui rakyat mahu nampak hasil secepat mungkin.

"Kita kena kerja kuat dan terus berhubung dengan rakyat. Ada program yang sudah dilakukan dalam bidang integriti umpamanya, pencapaian reformasi Parlimen. Saya menyaksikan perubahan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619