NASIONAL

Orang politik harus rendah diri dekati penjawat awam

3 Mei 2019, 7:10 AM
Orang politik harus rendah diri dekati penjawat awam

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 3 MEI: Orang politik harus memiliki sifat kemanusiaan dan rendah diri untuk memahami kelompok penjawat awam, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, sebagai pemimpin, merekalah yang perlu terlebih dahulu mendekati penjawat awam dan bukan sebaliknya.

"Orang politik harus ada kemanusiaan dan perasaan tawaduk, maknanya kena turun bawahlah. Kata pepatah, ular menyusur ke akar takkan hilang bisanya.

"Sebagai pemimpin, kita harus turun ke bawah dekati penjawat awam. Lebih baik kita masuk dengan penjawat awam berbanding mereka yang datang kepada kita, supaya dapat memahami mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Dialogue@Shah Alam bertajuk Malaysia Baharu: Menggarap Sinergi Politikus dan Penjawat Awam, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan harus menghormati pandangan dan pendapat rakyat berkenaan prestasi mereka hari ini.

"Jika pendapat negatif itu disebabkan penyampaian komunikasi yang lemah, maka kita perlu perbaiki komunikasi, manakala jika ia memang berpunca daripada dasar dan polisi, jadi kita kena periksa perkara itu.

"Apa pun kita perlu dengar maklum balas daripada rakyat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619