Tujuh kapal tangki Malaysia tunggu masa sesuai lalui Selat Hormuz

28 Mac 2026, 8:26 AM
Tujuh kapal tangki Malaysia tunggu masa sesuai lalui Selat Hormuz
Tujuh kapal tangki Malaysia tunggu masa sesuai lalui Selat Hormuz
Tujuh kapal tangki Malaysia tunggu masa sesuai lalui Selat Hormuz
Tujuh kapal tangki Malaysia tunggu masa sesuai lalui Selat Hormuz

SHAH ALAM, 28 MAC: Tujuh kapal tangki milik syarikat Malaysia kini berada dalam keadaan bersedia untuk bergerak melalui Selat Hormuz susulan situasi tegang di Asia Barat.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kapal berkenaan melibatkan tiga milik PETRONAS, dua milik MISC Bhd serta masing-masing satu milik Sapura Energy dan Shapadu Corporation Sdn Bhd.

Menurut beliau, semua kapal itu tidak ditahan sebaliknya hanya menunggu isyarat serta masa sesuai untuk meneruskan pelayaran demi memastikan keselamatan.

“Kerajaan Malaysia juga melakukan rundingan awal bersama pihak Iran yang memberi maklum balas positif terhadap permohonan berkenaan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata rundingan turut melibatkan komunikasi antara beliau dengan rakan sejawat di Iran serta panggilan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Iran.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Foto BERNAMA

“Iran sendiri menyatakan tiada isu untuk membenarkan kapal kita melalui Selat Hormuz, namun buat masa ini kapal tangki perlu menunggu terlebih dahulu,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Tanjong Rantau, Rembau hari ini.

Tambahnya, gangguan komunikasi antara pusat arahan di Tehran dan komander di lapangan turut menjadi faktor kelewatan pergerakan kapal.

“Kadang-kadang komunikasi di sana agak sukar. Tehran kata ya, tetapi komander di lokasi perlu faham betul-betul bagi mengelakkan insiden tidak diingini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan tujuh kapal Malaysia termasuk empat membawa muatan minyak mentah terkandas di laluan berkenaan dan belum dapat meneruskan perjalanan pulang.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memaklumkan rakyat Malaysia masih boleh menunaikan umrah kerana ruang udara antarabangsa kekal dibuka, namun disaran menangguhkan perjalanan jika tidak mendesak berikutan situasi tidak menentu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619