Malaysia kecam serangan ke atas Iran, gesa elak ketegangan serantau

28 Feb 2026, 1:52 PM
Malaysia kecam serangan ke atas Iran, gesa elak ketegangan serantau
Malaysia kecam serangan ke atas Iran, gesa elak ketegangan serantau
Malaysia kecam serangan ke atas Iran, gesa elak ketegangan serantau

PUTRAJAYA, 28 FEB: Malaysia mengecam serangan ke atas Iran serta serangan balas berikutnya terhadap beberapa negara di rantau itu iaitu Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Qatar hari ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan serangan itu melanggar prinsip kedaulatan dan keutuhan wilayah, serta larangan penggunaan kekerasan di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.

“Tindakan ketenteraan seperti ini berisiko menambah ketidakstabilan di wilayah yang sudah rapuh dan membahayakan nyawa orang awam.

“Pada saat kritikal ini, semua usaha mesti diambil untuk mengelakkan peningkatan ketegangan dan potensi implikasi yang menjejaskan kestabilan serantau dan membawa kesan global yang lebih luas,” menurut Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.

Malaysia menegaskan bahawa setiap pertikaian mesti diselesaikan melalui dialog dan diplomasi, dengan menghormati undang-undang antarabangsa sepenuhnya.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi menangani perbuatan itu serta memastikan mereka yang bertanggungjawab diadili mengikut undang-undang antarabangsa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619