Pejabat HASiL Shah Alam berpindah ke Seksyen 14, mula operasi 1 April

26 Mac 2026, 7:31 AM
Pejabat HASiL Shah Alam berpindah ke Seksyen 14, mula operasi 1 April

SHAH ALAM, 26 MAC: Kaunter perkhidmatan di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Shah Alam yang beroperasi di Plaza Perangsang akan ditutup pada 30 hingga 31 Mac ini bagi memberi laluan kepada proses perpindahan ke lokasi baharu.

HASiL memaklumkan kaunter berkenaan akan beroperasi semula di premis baharu di Menara HASiL Shah Alam bermula 1 April ini.

"Lokasi baharu tersebut terletak di Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, Shah Alam.

“Waktu operasi kaunter perkhidmatan kekal dari Isnin hingga Jumaat pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil maklum penutupan sementara berkenaan dan merancang urusan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619