Kanak-kanak autistik ditemukan lemas dalam tasik hotel

25 Mac 2026, 3:05 PM
Kanak-kanak autistik ditemukan lemas dalam tasik hotel

SEREMBAN, 25 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia sembilan tahun ditemukan lemas di sebuah tasik di kawasan hotel di Lukut di sini, selepas dipercayai keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarga, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan ahli keluarga mangsa pada 8.06 malam.

“Kejadian disedari kira-kira 3.30 petang selepas kanak-kanak itu didapati keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarganya.

“Mangsa berada di lokasi tersebut bersama-sama keluarga untuk bercuti sebelum ditemukan lemas di dalam tasik oleh kakitangan hotel dan ahli keluarga yang menjalankan pencarian selepas menyedari ketiadaannya di dalam bilik,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Maslan berkata hasil bedah siasat yang dijalankan pada 10 pagi di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson mengesahkan punca kematian akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619