Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan

22 Mac 2026, 2:15 PM
Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan

KAPIT, 22 MAC: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas di Sungai Bangkit Katibas, berhampiran Rumah Sebastian Tambi, Nanga Bangkit, Song, di sini tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa Sylvester Jarbis Mesin dilaporkan keluar mandi bersama dua rakannya kira-kira 12.30 tengah hari.

“Mayat mangsa ditemukan penduduk kampung pada 3.15 petang, kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat, sebelum dihantar ke Klinik Nanga Bangkit,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.15 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Song digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh 65 kilometer, termasuk perlu menggunakan perahu untuk tiba.

-- BERNAMA

TAG: lemas, mandi, sungai, remaja, Nanga Bangkit, JBPM Sarawak

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619