Majlis raya tular palsu, polis Selangor sahkan cubaan penipuan

25 Mac 2026, 2:36 PM
Majlis raya tular palsu, polis Selangor sahkan cubaan penipuan

SHAH ALAM, 25 MAC: Polis Selangor menafikan penglibatan pihaknya dalam penganjuran majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang tular di media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata mesej yang mendakwa majlis itu akan diadakan esok (26 Mac) di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor adalah tidak benar.

Menurut beliau, mesej berkenaan turut mengandungi permintaan sumbangan ke akaun bank atas nama individu tertentu yang tidak mempunyai kaitan dengan pihak polis.

“Polis Kontinjen Selangor menafikan penglibatan Cawangan Pengawal Pengiring IPK Selangor dalam penganjuran majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 seperti yang tular di media sosial.

“Permintaan kutipan sumbangan ke dalam akaun bank seperti yang dinyatakan adalah tidak benar dan merupakan satu cubaan penipuan (scam) bagi mengaut keuntungan serta mencemarkan imej PDRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mesej tersebut dan tidak melakukan sebarang transaksi ke akaun yang dinyatakan.

Tambahnya, individu yang telah membuat sumbangan diminta segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.

Shazeli turut menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan nama atau identiti PDRM bagi tujuan penipuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619