RPM 2026-2035 tumpu tangani beban tugas guru

24 Mac 2026, 2:44 PM
RPM 2026-2035 tumpu tangani beban tugas guru
RPM 2026-2035 tumpu tangani beban tugas guru
RPM 2026-2035 tumpu tangani beban tugas guru
RPM 2026-2035 tumpu tangani beban tugas guru

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani beban tugas guru seperti digariskan dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata RPM 2026-2035 menetapkan keutamaan bagi memastikan guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Dasar 80:20 menggariskan 80 peratus masa guru mata pelajaran diperuntukkan untuk aktiviti berkaitan dengan PdP, manakala 20 peratus lagi diperuntukkan untuk tugasan bukan PdP.

“Kesejahteraan guru dipengaruhi pelbagai faktor termasuk beban tugas di luar skop tugas utama, persekitaran kerja, emosi serta peluang pembangunan profesional,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, sejak 2023 hingga kini pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk menangani beban tugas guru termasuk melantik 20,997 sukarelawan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), melaksanakan inisiatif pembantu guru Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) serta melantik pembantu warden asrama sepenuh masa.

Beliau berkata selain itu, KPM turut memansuhkan fungsi Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) dan mengembalikan fungsi Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619