200 warga asing diperiksa dalam Ops Omnipresent - JIM Selangor

22 Mac 2026, 1:56 PM
200 warga asing diperiksa dalam Ops Omnipresent - JIM Selangor
200 warga asing diperiksa dalam Ops Omnipresent - JIM Selangor
200 warga asing diperiksa dalam Ops Omnipresent - JIM Selangor
200 warga asing diperiksa dalam Ops Omnipresent - JIM Selangor

SHAH ALAM, 22 MAC: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor memeriksa 200 warga asing di beberapa lokasi tumpuan di sekitar negeri ini bermula Jumaat hingga hari ini menerusi Ops ‘Omnipresent’.

Pengarah JIM Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata antara hotspot termasuk sekitar hentian bas di Pelabuhan Klang, Terminal Bas Klang, Kawasan 13 Klang, Dataran Otomobil Seksyen 15 dan Pasar Taman Sri Muda di Shah Alam serta Pasar Borong Selayang dan Mentari Court, Petaling Jaya.

Beliau berkata sebanyak 16 pegawai imigresen negeri terlibat dalam operasi ini bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta memelihara ketenteraman awam sepanjang musim perayaan.

“Jabatan ini akan terus mempergiat penguatkuasaan secara berterusan dan menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi terbabit dilaksanakan menggunakan kenderaan rasmi jabatan dilengkapi lampu beacon dalam menegaskan kehadiran penguat kuasa serta memberikan keyakinan kepada masyarakat terhadap usaha pemantauan yang dijalankan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619