AGENDA

Imigresen tahan 10 warga asing termasuk empat kanak-kanak mengemis di Bangsar

13 Jan 2024, 3:05 AM
Imigresen tahan 10 warga asing termasuk empat kanak-kanak mengemis di Bangsar

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Jabatan Imigresen menahan 10 warga asing termasuk empat kanak-kanak yang mengemis di perkarangan sebuah masjid di Bangsar di sini, tengah hari semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata 13 individu diperiksa dalam operasi bermula pada 12.15 tengah hari itu susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan mengemis dalam kalangan warga asing yang sering berlaku di kawasan terbabit.

“10 pengemis warga asing berusia dua hingga 41 tahun ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Tiga lagi individu yang ditahan dibebaskan kerana merupakan warga tempatan,” katanya.

Ruslin berkata warga asing yang ditahan itu terdiri daripada tiga warga Indonesia dan tujuh warga Myanmar termasuk empat kanak-kanak.

Beliau berkata semua warga asing itu ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619