Gelanggang berbumbung RM650,000 di Kerling siap dua bulan lagi

20 Mac 2026, 1:00 PM
Gelanggang berbumbung RM650,000 di Kerling siap dua bulan lagi

SHAH ALAM, 20 MAC: Penduduk Lembah Damai Kerling, Kuala Kubu Bharu bakal menikmati gelanggang bola keranjang berbumbung yang lebih selesa apabila projek pembinaannya dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.

Wakil rakyatnya, Pang Sock Tao berkata projek bernilai RM650,000 itu dilaksanakan bagi menaik taraf kemudahan sukan sedia ada serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

“Sebanyak RM500,000 disalurkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pembinaan gelanggang, manakala RM150,000 lagi diperuntukkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) untuk kerja sistem perparitan,” katanya kepada Media Selangor.

Menurutnya, projek itu merupakan hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam usaha memperkukuh fasiliti komuniti setempat.

Katanya, sebelum ini penduduk aktif menganjurkan pelbagai program komuniti dan rukun tetangga (KRT), namun ketiadaan gelanggang berbumbung yang sesuai menyebabkan aktiviti terpaksa dijalankan di kawasan terbuka.

“Keadaan ini kurang selesa terutama ketika cuaca panas, jadi kemudahan baharu ini amat diperlukan,” katanya.

Tambah beliau, gelanggang tersebut akan dibuka kepada orang awam termasuk penduduk sekitar Lembah Damai Kerling dan Kampung Kerling.

“Kita harap kemudahan ini dapat menjadi pusat aktiviti komuniti yang lebih aktif dan tersusun,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619