Pusat kitar semula pandu lalu di Kuala Kubu Bharu mula operasi

30 Jan 2026, 6:34 AM
Pusat kitar semula pandu lalu di Kuala Kubu Bharu mula operasi
Pusat kitar semula pandu lalu di Kuala Kubu Bharu mula operasi
Pusat kitar semula pandu lalu di Kuala Kubu Bharu mula operasi
Pusat kitar semula pandu lalu di Kuala Kubu Bharu mula operasi

SHAH ALAM, 30 JAN: Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC) SIDINA kini beroperasi sepenuhnya di Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu selepas dilancarkan secara rasmi semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao, sebagai sebahagian usaha menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti setempat.

Menurut Sock Tao, kemudahan itu bukan sahaja membantu mengurangkan sisa, malah membuka peluang kepada penduduk menjana pendapatan sampingan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao menyempurnakan perasmian Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC) SIDINA kini beroperasi sepenuhnya di Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu semalam. Foto Facebook MPHS

“ADTREC memberi kemudahan kepada penduduk untuk mengitar semula dengan lebih teratur, di samping memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran.

Pada majlis sama, taklimat penggunaan mesin ADTREC dan aplikasi Trash4Cash turut disampaikan.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan inisiatif berkenaan memberi impak positif dari segi kerjasama komuniti dan kelestarian alam sekitar dalam jangka panjang.

“MPHS berharap kemudahan seperti ADTREC SIDINA dapat diperluaskan ke lebih banyak kawasan sebagai langkah proaktif ke arah pembangunan bandar yang lebih lestari,” menurut kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619