AGENDA

Sasar 100 pusat kitar semula pandu lalu, mahu setaraf negara maju

11 Mac 2023, 9:12 AM
Sasar 100 pusat kitar semula pandu lalu, mahu setaraf negara maju

IPOH, 11 MAC: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di seluruh negara.

Menterinya Nga Kor Ming berkata perkara itu bertujuan memastikan kadar kitar semula negara setaraf negara maju dan menyasarkannya hingga 40 peratus menjelang 2025.

"Setakat ini terdapat tujuh negeri yang telah berjaya mewujudkan DTRC itu iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Sehingga kini terdapat 32 DTRC di negeri berkenaan yang menerima pakai Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) di Taman D R Seenivasagam hari ini.

Perasmian itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nga berkata jika Perak bersetuju untuk mengguna pakai Akta 672, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melakukan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi prestasi kebersihan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619