Ketua FA Iran: “Kami boikot Amerika Syarikat, bukan Piala Dunia”

20 Mac 2026, 12:30 AM
Ketua FA Iran: “Kami boikot Amerika Syarikat, bukan Piala Dunia”

TEHRAN, 20 MAC: Iran merancang untuk beraksi di Piala Dunia, kata ketua persekutuan bola sepaknya Mehdi Taj pada Khamis walaupun sekali lagi mengkritik Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kami memboikot Amerika Syarikat, tetapi bukan Piala Dunia,” agensi berita negara IRNA memetik Taj sebagai berkata. “Kami sedang membuat persiapan untuk Piala Dunia.”

Kejohanan bola sepak lelaki itu dijadual bermula pada 11 Jun di AS, Kanada dan Mexico. Iran, yang kini berperang dengan AS dan Israel, telah pun layak ke kejohanan itu namun sebelum ini menyatakan hasrat supaya perlawanan mereka dipindahkan dari AS ke tuan rumah bersama, Mexico.

Kali ini, Taj tidak memperincikan maksud sebenar boikot terhadap AS itu, termasuk sama ada ia melibatkan keengganan untuk bermain perlawanan di negara berkenaan.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, sedang berhubung dengan persekutuan Iran namun awal minggu ini dilihat menolak sebarang pemindahan lokasi.

Iran dijadual menentang Belgium, New Zealand dan Mesir pada peringkat kumpulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619