Rancang perjalanan: Pengguna disaran rujuk MyPLUS-TTA elak kesesakan

19 Mac 2026, 10:30 AM
Rancang perjalanan: Pengguna disaran rujuk MyPLUS-TTA elak kesesakan
Rancang perjalanan: Pengguna disaran rujuk MyPLUS-TTA elak kesesakan
Rancang perjalanan: Pengguna disaran rujuk MyPLUS-TTA elak kesesakan

PETALING JAYA, 19 MAC: Orang ramai disaran menggunakan jadual waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) melalui aplikasi MyPLUS-TTA bagi merancang perjalanan dengan lebih lancar dan mengelak kesesakan semasa musim perayaan.

Pengurus Besar Kanan Operasi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Berhad Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata jadual TTA disediakan berdasarkan simulasi data trafik semasa dan masa nyata, memberikan panduan tepat kepada pengguna lebuh raya.

"Pengguna digalakkan merujuk jadual TTA dalam aplikasi PLUS untuk memilih waktu perjalanan paling sesuai, mengambil kira aliran trafik, lonjakan kenderaan di laluan utama, waktu puncak serta keadaan semasa di lebuh raya.

"Ia dibangunkan berasaskan analisis data bagi memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai keadaan trafik,” katanya ketika ditemui di Menara Korporat, Persada PLUS di sini, hari ini.

Mohd Yusuf turut menekankan cabaran utama ialah mengurus pergerakan motosikal, yang dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar kepada kemalangan maut di lebuh raya.

Sehubungan itu, beliau menasihati penunggang motosikal supaya berhemah, memandu dengan cermat dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“PLUS sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap optimum,” tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619