Trafik lebuh raya meningkat 40 peratus, lebih 2 juta kenderaan pulang beraya

19 Mac 2026, 8:38 AM
Trafik lebuh raya meningkat 40 peratus, lebih 2 juta kenderaan pulang beraya
Trafik lebuh raya meningkat 40 peratus, lebih 2 juta kenderaan pulang beraya
Trafik lebuh raya meningkat 40 peratus, lebih 2 juta kenderaan pulang beraya

PETALING JAYA, 19 MAC: Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan meningkat sejak pagi tadi susulan pergerakan warga kota pulang ke kampung halaman, namun keadaan keseluruhan masih lancar dan terkawal.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata jumlah kenderaan meningkat sekitar 30 hingga 40 peratus, dengan lebih dua juta pengguna lebuh raya direkodkan hari ini.

“Trend pergerakan sebenarnya telah bermula sejak Isnin lalu apabila lebih 2.1 juta kenderaan direkodkan keluar dari ibu kota hingga semalam, menunjukkan peningkatan berperingkat menjelang musim perayaan.

“Walaupun jumlah kenderaan meningkat ketara, aliran trafik secara keseluruhan masih terkawal dan perjalanan setakat ini berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Menara Korporat, Persada PLUS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan jumlah kenderaan dijangka terus meningkat dengan lonjakan trafik berkemungkinan berlaku sehingga lewat malam ini khususnya di laluan utama menuju ke utara dan pantai timur.

Beliau berkata PLUS memberi tumpuan kepada tiga aspek utama bagi memastikan kelancaran trafik, iaitu pengurusan trafik dan insiden secara efisien, pengagihan aliran kenderaan yang lebih seimbang serta pemeliharaan tahap keselesaan pengguna di lebuh raya.

Pada masa sama, beliau menasihati pengguna agar merancang perjalanan dengan teliti termasuk memilih waktu yang sesuai, merujuk jadual perjalanan disediakan serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesesakan, khususnya pada waktu puncak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619