Penumpang ETS disaran semak tiket, datang awal ke stesen - KTMB

19 Mac 2026, 5:21 AM
Penumpang ETS disaran semak tiket, datang awal ke stesen - KTMB

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diingatkan supaya menyemak maklumat pada tiket serta datang 30 minit lebih awal ke stesen bagi mengelakkan mereka dihalang masuk ke kawasan berbayar di platform.

Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan ETS dan Antarabandar KTMB Mohd Azhar Abu Bakar berkata penumpang juga disaran mengikuti perkembangan terkini melalui laman media sosial KTMB serta memuat turun aplikasi KTMB dan ETS.

“KTMB telah melakukan penyelenggaraan semua tren untuk memastikan operasi tren berjalan lancar untuk keselesaan penumpang sepanjang tempoh Aidilfitri, iaitu dari 17 hingga 29 Mac.

“​Selain itu, kita menempatkan kakitangan di stesen-stesen utama seperti di KL Sentral, JB Sentral, Alor Setar, Ipoh dan Butterworth bagi membantu mengawal kesesakan orang ramai,” katanya dalam temu bual secara langsung bersama Bernama TV di KL Sentral hari ini.

Menyentuh mengenai penjualan tiket, Mohd Azhar berkata pihaknya menawarkan lebih 251,000 tiket sempena Aidilfitri tahun ini termasuk 71,728 tiket untuk tren tambahan.

Beliau berkata untuk perjalanan biasa, KTMB menyediakan kira-kira 180,000 tiket yang telah habis terjual.

“Justeru, kami menambah tren tambahan dengan 71,728 tiket. Jumlah keseluruhan lebih 251,000 tiket dan ini merupakan penjualan tiket terbesar pernah ditawarkan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619