Jenazah dua tentera maut di Setiu selamat dikebumikan

17 Mac 2026, 5:43 AM
Jenazah dua tentera maut di Setiu selamat dikebumikan

KOTA BHARU, 17 MAC: Jenazah dua anggota tentera darat yang maut kemalangan di KM70, Jalan Bandar Permaisuri, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu semalam, selamat dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan hari ini.

Muhammad Aminuddin Amran, 21, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai, Mulong di sini pada 4.35 pagi manakala Mohamad Shakiran Saidi, 36, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedondong Hilir, Bunut Susu, Pasir Mas pada 10.35 pagi.

Mohamad Shakiran dan Muhammad Aminuddin yang bertugas di Kem 7 Workshop Briged Tebrau, Johor maut selepas kereta Honda Civic dinaiki mereka terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan untuk bercuti di kampung halaman.

Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan mereka dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori treler.

Perlanggaran itu menyebabkan kereta mangsa menggelongsor ke laluan bertentangan dan bergesel dengan kereta Proton Saga, sebelum melanggar kereta Perodua Alza yang diparkir dalam garaj berbumbung berhampiran tempat kejadian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619