PKPS tingkat stok makanan Selangor hingga tiga bulan

14 Mac 2026, 12:52 AM
PKPS tingkat stok makanan Selangor hingga tiga bulan

KLANG, 14 MAC: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan meningkatkan simpanan makanan negeri sehingga tiga bulan berbanding hanya sebulan ketika ini bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata inisiatif tersebut digerakkan menerusi Program Gudang Makanan Selangor yang akan diperkasa tahun ini, sekali gus menampung keperluan rakyat negeri ini.

“Perkembangan geopolitik dunia termasuk konflik di Selat Hormuz berpotensi menjejaskan bekalan minyak dan gas yang memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.

“Keadaan ini boleh memberi impak besar kepada ekonomi dan bekalan makanan. Kita pernah melalui situasi sama ketika pandemik Covid-19, sebab itu aspek sekuriti makanan perlu diberi perhatian serius,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ukhwah PKPS bersama media yang dihadiri kira-kira 120 tetamu di Wyndham Acmar Klang di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Khairil berkata PKPS turut memperkenalkan Pelan Transformasi Agribisnes PKPS 2026–2030 (SEED2030) bagi meningkatkan pengeluaran sumber makanan di negeri ini.

Menurutnya, pelan tersebut menetapkan sasaran peningkatan pengeluaran komoditi utama termasuk kelapa sawit kepada 735,000 tan metrik, iaitu pertambahan kira-kira 65 peratus menjelang 2030.

“Pengeluaran ayam pula dijangka meningkat kepada 20.1 juta ekor dalam tempoh sama bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619