50 asnaf DUN Pandan Indah terima sumbangan barangan asas makanan

5 Mac 2026, 2:05 PM
50 asnaf DUN Pandan Indah terima sumbangan barangan asas makanan
50 asnaf DUN Pandan Indah terima sumbangan barangan asas makanan
50 asnaf DUN Pandan Indah terima sumbangan barangan asas makanan
50 asnaf DUN Pandan Indah terima sumbangan barangan asas makanan

AMPANG JAYA, 5 MAC: Seramai 50 golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menerima sumbangan kit makanan menerusi program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, hari ini.

Wakil rakyatnya, Dato’ Ir Izham Hashim berkata program anjuran bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) itu memasuki tahun kedua dan akan menjelajah enam lokasi bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar di beberapa kawasan terpilih.

“Kit makanan yang disumbangkan mengandungi barangan keperluan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap serta beberapa barangan lain bagi kegunaan harian sempena bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas program.

Selain kit makanan, para penerima turut menerima sumbangan naskhah Al-Quran sebagai galakan untuk memperbanyakkan amalan sepanjang bulan Ramadan.

Izham yang juga EXCO Pertanian menyertai majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama penerima sumbangan dan serta jemaah yang hadir pada program tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619