Bantuan tunai, baucar ringankan beban B40 dan AJK surau di Pandan Indah

18 Mac 2026, 10:00 AM
Bantuan tunai, baucar ringankan beban B40 dan AJK surau di Pandan Indah

SHAH ALAM, 18 MAC: Seramai 248 penduduk daripada golongan berpendapatan rendah (B40) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menerima sumbangan tunai RM100 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup.

Pada masa sama, seramai 62 pengerusi dan setiausaha surau di kawasan berkenaan turut menerima sumbangan tunai RM150 serta baucar Jom Shopping bernilai RM200 sebagai penghargaan terhadap peranan mereka dalam komuniti.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah, Dato’ Ir Izham Hashim berkata sumbangan hasil kerjasama Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) diharap dapat membantu penerima membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban penerima dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar, khususnya dalam membuat persiapan menjelang musim perayaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, peranan kepimpinan surau amat penting sebagai nadi penyatuan masyarakat setempat selain menggerakkan pelbagai aktiviti kebajikan dan keagamaan di kawasan berkenaan.

Tambahnya, usaha membantu golongan memerlukan akan terus diperkasakan agar tiada pihak tercicir daripada arus pembangunan.

"Semoga segala sumbangan ini diberkati dan menjadi asbab kepada kesejahteraan serta keharmonian seluruh warga DUN Pandan Indah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619