Beberapa negeri termasuk Selangor dilanda ribut petir hingga 6 petang ini

2 Mac 2026, 8:03 AM
Beberapa negeri termasuk Selangor dilanda ribut petir hingga 6 petang ini

SHAH ALAM, 2 MAC: Beberapa negeri termasuk Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, di Selangor, cuaca buruk itu melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran sama turut melibatkan Kedah (Sik, Baling dan Kulim); Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan).

Turut terjejas ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau); Melaka; serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga jam 6 petang ini,” menurut kenyataan MetMalaysia hari ini.

Menurut jabatan itu, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan kejadian dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619