PM: Kebajikan warga ATM keutamaan kerajaan

24 Feb 2026, 12:59 PM
PM: Kebajikan warga ATM keutamaan kerajaan
PM: Kebajikan warga ATM keutamaan kerajaan
PM: Kebajikan warga ATM keutamaan kerajaan

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Kerajaan MADANI akan terus meletakkan aspek kebajikan pegawai, anggota dan keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai keutamaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata ia termasuk isu perumahan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga anggota.

Anwar berkata perkara itu ditegaskan beliau ketika mesyuarat bersama dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan kepimpinan ATM di Wisma Perwira di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu, beliau juga diberikan taklimat berhubung beberapa keputusan strategik yang menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan negara.

“Perbincangan ini amat mustahak bagi memastikan kesiapsiagaan serta keupayaan ATM terus diperkasa dalam mendepani cabaran dan ancaman geostrategik yang semakin kompleks.

“ATM kekal sebagai benteng utama pertahanan negara dan simbol kedaulatan yang wajib dipelihara,” katanya.

Mesyuarat kira-kira sejam itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

Usai mesyuarat itu, Perdana Menteri menghadiri majlis tazkirah di Masjid Khalid Bin Al-Walid bersempena dengan program Ihya Ramadan dan menunaikan solat zuhur bersama warga Kementerian Pertahanan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619