NASIONAL

MCMC: 47 kertas siasatan dibuka, lima dijatuhi hukum

4 Mac 2019, 1:48 AM
MCMC: 47 kertas siasatan dibuka, lima dijatuhi hukum

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 MAC: Antara tahun lalu sehingga Febuari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)  sudah membuka 47 kertas siasatan dengan lima daripadanya sudah dijatuhkan hukuman.

MCMC dalam kenyataan media berkata, sejumlah 2,358 proses bantuan teknikal dan pengenalpastian maklumat bagi membantu proses siasatan agensi penguatkuasaan telah dilaksana MCMC.

"Selain itu, sebanyak 3,407 akaun media sosial palsu termasuk disalahgunakan untuk penyebaran mesej bersifat ekstrimis, kebencian dan fitnah serta 1,163 kandungan berunsur sama telah disusuli tindakan pemadaman dengan kerjasama pihak pengendali platform media sosial antarabangsa.

"Dalam tempoh sama, MCMC juga membantu dalam mewar-warkan maklumat bagi menangani 979 berita palsu yang tular di media sosial dan internet melalui inisiatif portal sebenarnya.my dikendalikan MCMC," katanya.

Katanya, usaha dijalankan MCMC itu akan terus dipertingkatkan bagi memastikan sebarang anasir yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat dan negara dibendung.

"Ini termasuk mempergiatkan aktiviti mendidik masyarakat melalui program advokasi Klik Dengan Bijak untuk memupuk budaya penggunaan internet secara positif dan berhemah.

"MCMC sentiasa khususnya melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dan sentiasa komited untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak menggugat keselamatan, kestabilan dan keharmonian negara," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619