NASIONAL

MCMC, Kerajaan Negeri bekerjasama laksana infrastruktur digital NFCP

12 Mei 2019, 10:50 PM
MCMC, Kerajaan Negeri bekerjasama laksana infrastruktur digital NFCP

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri di seluruh negara bagi memudah cara pelaksanaan infrastruktur digital yang akan menyokong Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Pengerusinya, Al-Ishsal Ishak berkata, kerjasama itu bertujuan meningkatkan kesalinghubungan dalam memastikan orang ramai menikmati liputan jalur lebar lebih berkualiti sekali gus memajukan industri komunikasi dan multimedia negara.

"Selari dengan NFCP, matlamat paling utama ialah untuk menjamin kesalinghubungan digital yang mampan, berkualiti tinggi, menyeluruh dan mampu milik.

Dalam konteks ini, pihak kerajaan melalui MCMC dan pihak industri komited dan akan memberikan sokongan kepada kerajaan-kerajaan negeri daripada segi penyediaan infrastruktur yang inklusif pada kos yang efisien dan juga perkongsian amalan terbaik," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Al-Ishsal berkata, sebagai permulaan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri Perak, Sarawak, Kedah, Melaka dan Selangor dalam masa terdekat.

Pihaknya juga telah bermesyuarat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 11 Mei lepas dan akan membentuk Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bagi penyelarasan, perancangan dan pelaksanaan berkaitan telekomunikasi negeri itu.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619